Penglibatan politik dan pilihan raya Dato' Mohd Rosli Bin Ramli

Dato' Rosli mula terlibat secara aktif dalam politik pada tahun 2020. Dato Rosli menyertai Parti BERJASA Malaysia pada tahun 2020 dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Presiden pada Ogos 2022. Beliau merupakan calon parlimen di P125 Putrajaya sebagai calon Gerakan Tanah Air (GTA) dengan menggunakan tiket Parti Pejuang. Beliau dilantik Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Tanah Air. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Penyelaras GTA di Wilayah Persekutuan.